Wednesday, December 21, 2011

pemerhatianku...

alhamdulillah tinggal lagi dua hari untuk aku pulang bercuti semester..lega hati ini kerana dapat bertemu dengan keluarga..memang lah mereka ada menelefonku dan begitu juga sebaliknya..namun apabila bertentangan mata dengan mereka itulah yang terindah dalam hidupku..bercerita mengenai pemerhatianku pagi ini..pagi tadi dalam pukul 10, aku ada kelas IMD 101..aku lalu di Studio Art & Design..sebenarnya memang aku lalu situ hari-hari, tapi cuma hari ini aku tersentuh hendak bercerita mengenai..seorang pakcik yang selalu aku nampak setiap kali aku lalu disitu..bila terpandangkan pakcik itu otak fikiranku terus merewang terhadap ayahku yang berada jauh di Selangor..setiap kali aku lalu disitu mesti pakcik itu sedang mengikat tibunan surat khabar dan kotak-kotak.. terus aku terfikir apa yang aku lakukan disini demi mengelakkan ayahku menjadi seperti pakcik itu..aku tidak ada niat sesekali untuk menghina pakcik itu tapi aku berazam dan tekad untuk tidak membiarkan ayahku bekerja lagi pada usia ayahku yang mungkin sebaya dengan pakcik itu..setiap kali terpandangkan pakcik itu pasti akan membuatkan aku menitis air mata..ingin aku duduk berbual bersama pakcik itu tapi kerana tuntutan sebagai pelajar membataskan aku untuk berbuat begitu..menjelang tahun baru ini pasti akan ada azam yang akan dibuat oleh semua manusia termasuklah aku,..aku berharap semoga Allah tabahkan hati dan cekalkan jiwa ini dalam menuntut ilmu disini..kerana apabila aku berjauhan dengan family kadang kala fikiranku senang sahaja untuk menjadi sebak dan sentiasa akan terusik walaupun kerana hal yang kecil..selain itu, aku juga tidak melupakan sahabat-sahabatku yang masih lagi belum ada rezeki untuk menuntut ilmu di menara gading namun percayalah disebalik semua ini pasti da hikmah yang lebih baik yang Allah telah rencanakan untuk kalian semua..

REBORN

Assalamualaikum semua... hai...hai..hai... agak lama dah menyepi sejak awal tahun kan? Around 3 month memang banyak sangat kejadian yang ter...