Wednesday, March 18, 2015

REBORN

Assalamualaikum semua... hai...hai..hai... agak lama dah menyepi sejak awal tahun kan? Around 3 month memang banyak sangat kejadian yang terjadi..apa dia? hah tu dia Suha nak ceritakan ni... First at all Suha nak cerita Suha ni dah reborn balik..reborn kenapa pulak dah kan? reborn balik sebagai pelajar laaa... Suha dapat sambung lagi kali ini lebih dekat dengan rumah..UiTM Puncak Perdana..
Suha sambung degree dalam pengurusan perpustakaan kat sini. Suha happy sangat dapat sambung sini..at least dapat sambung pelajaran lagi...Suha dapat sini dengan harapan langsung tak nak jumpa budak2 kedah..ehm..sekali tengok diaorg semua berkampung kat sini..stressnya jangan cakap laaa...sedey Suha. tapi tak pa sebab Suha belajar untuk diri Suha dan keluarga..diaorang semua langsung takde kena mengena dengan hidup Suha..yang penting Suha nak sangat kali ni degree dapat laa anugerah ANC untuk mak dengan ayah nanti..

Tuesday, January 6, 2015

JANUARI 2015

Assalamualaikum w.b.t. Haiiiii dah dekat enam hari barulah aku ucap Selamat Tahun Baru 2015. Sebenarnya nak kata aku ni sibuk benar tu taklah tapi aku tak berkesempatan nak ucap jer..hehe.. Walau macam mana pun Selamat Tahun Baru.. ooh mungkin aku tak ada bagi tahu kot aku frust sikit dgn laman sosial sebab tu lah aku jarang online. Aku jadi macam nih sejak aku punya akaun twitter yang lama kena hacked.. hurm gundah gulana gak laa aku sebab aku malas nak tukar password pastu kena buang semua apa yang bukan aku post tu..aishhh kerja renyah laa jadi aku pun buatlah akaun yang baru, namun kesudahannya aku yang bosan sebab aku add semua friendlist aku tu..Untuk peringatan bahawa otak aku ni taklah sampai 16gb gitu nak hafal semua nama yang confirm2 ada bukan pakai nama sebenar utk twitter kan jadi aku add je lah takat mana yang aku mampu ingat gitu. haha. Okay dear berbalik pada Januari 2015.. Aku ada banyak program sebenarnya dengan bulan nih..cehhh program gitu.. Okay let's grab a diary. Sat naa aku senaraikan apa yang aku ada di bulan ini:

1) 8 Jan - dimana aku di tugaskan untuk menghantar ayah aku untuk pemeriksaan kencing manis. (okay ayah jgn makan manis2 taw)

2) 9 Jan - aku kena tlg adik kesayangan ku merangkap sepupu aku yg aku sayangi gitu angkat barang dari kolej kediaman Uitm Puncak Alam utk bawak balik rumah sempena dia cuti sem.

3) 9 Jan - merupakan Hari Tambah Umur buat Ariff Aiman (yang juga merupakan sepupu aku)

4) 10 Jan - Aku dan juga keluarga perlu menghadiri majlis perkahwinan keluarga terdekat di Kuala Pilah dan juga Ampangan (dua-dua tempat tu ada di Negeri Sembilan ye)

5) 15 Jan - aku dimaklumkan bahawa BR1M akan masuk hari ni yeah?

6) 16 Jan - sesudah subuh ye bak kata seniman P Ramlee aku dan keluarga akan bertolak balik ke Seremban kerana pagi itu Sepupu aku belah mak iaitu anak pak teh abang kepada mak aku akad nikah. (aku? haishhh tggu jer la seruan tiba)

7) 17 Jan - majlis persandingan sepupu aku di Panchor Negeri Sembilan

8) 17 Jan - jugaaaa merupakan majlis perkahwinan kawan satu sekolah aku masa sekolah menengah dulu..

9) 24 Jan - Majlis bertandang sepupu aku di Mantin Negeri Sembilan

dan penutup bagi bulan Januari ni adalah pada

10) 30 Jan - dup dap dup dap..keputusan bagi...bagi..kemasukan degree uitm...huwaaaaaaaa ni lah yang aku paling gentar gitu...

Begitulah plan atau perancangan aku di bulan ini. haishhh sampai nak set AZAM pun aku tak sempat lagi...hahaha...sebenarnya dah ada tapi..kita usaha lah AZAM tu ye..tak gitu kan gayah..hahaha

Tuesday, December 16, 2014

Sebenarnya tentang aku? A.K.U.

Sebenarnya aku tak pasti apa hala tuju blog aku ni asalnya..namun setelah lama aku rasa aku akan buat penulisan aku disini..mungkin mengenai kehidupan, rasa mahupun fantasi. Sebenarnya orang kalau mereka kenal mahupun rapat dengan aku mereka akan tahu bahawa aku seorang yang suka membaca dan berangan. Berangan tu dah kira macam sebatilah dengan diri..hahaha.. Aku suka berangan mengenai macam macam perkara kadang kala tak tercapai dek akal. Dah namanya berangan kan? Aku juga suka berborak tak kisahlah mengenai apa..kalau dah ada geng ajak sembang aku sanggup lah sampai 3 4 pagi. Aku ada teman sembang yang sejati. Sebati dan berkati kati lagi lah..haha.. Nama yang diberikan padanya mengikut IC adalah Nabila Hanem.. nama setelah ditimbang dan diukur menjadi Anem.. Dia lah yang menjadi peneman dan juga teman main teman gaduh teman tengok wayang teman menangis teman mengadu teman makan sama teman memasak teman shopping teman mengutuk teman mengata dan teman banyak lagi lahhh.sungguh kalau tak ada dia dalam perjalanan hidup aku ni macam tin kosong jer rasanya.. hehe 


Tuesday, July 8, 2014

"Jodoh itu mutlak rahsia milik Allah"



Ada yang sudah dekat,tiba-tiba menjauh...
Ada yang menjauh,tiba-tiba mendekat...
Ada yang sudah sayang,tiba-tiba membenci...
Ada yang belum kenal,tiba-tiba menyayangi...
Ada yang sudah dijadualkan tarikh nikah,tiba-tiba bergaduh...
Ada yang tidak dikenali,tiba-tiba mengajak menikah...
Ada yang sudah dijodohkan,tiba-tiba dibatalkan...
Ada yang tidak kenal sebelumnya,tiba-tiba menjadi jodohnya...

- Itulah rahsia JODOH... Hanya DIA yang tahu bila kita bertemu jodoh... Hanya DIA yang tahu dengan siapa akan jadi jodoh kita... Hanya DIA yang tahu dengan cara apa kita bertemu jodoh... Tugas kita adalah berusaha dengan cara yang baik... Tugas kita adalah berusaha dengan menjadi baik... Tugas kita adalah menerima apapun keputusan terbaik menurut ALLAH... Dan satu hal jangan kita abaikan... Jangan pernah merasa penat meminta dan terus meminta melalui doa kepadaNya...



~bila bunga berbicara~

Bakti Arjuna Fitri...

Bakti Arjuna Fitri...sebuah nama yang memberi inspirasi kepada semua masyarakat yang umumnya mendengarkan lagu Arjuna Beta...mungkin pada orang yang masih belum mempunyai zuriat pasti ramai yang akan berangan-angan untuk mkemberi nama kepada anak mereka sendiri dengan nama Arjuna lepas ini.. 1st time aku mendengar lagu ini apabila someone call aku dalam kereta dan lagu itu sedang dimainkan..Siap nyanyikan lagi..Itu mungkin jadi kenangan terakhir buat aku..namun aku tetap tidak jemu mendengarkan lagu Arjuna Beta..aku terus teringin untuk menulis kembali lirik lagu tersebut..

Arjuna Beta by Fynn Jamal


Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
chorus

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Hayati lirik algu yang mendalam dan mungkin boleh memberi ikhtibar buat kita.. Sedangkan Fynn Jamal mampu bangkit dari silamnya takkan kita juga tak mampu..

Thursday, July 3, 2014

Fasa cinta berguguran

Fasa cinta kini berakhirnya... bukan kehendak diri yang buat segalanya berakhir...tapi...mungkin kehendak Allah yang memberi hikmah dan peluang diri aku untuk kembali kepada-Nya...tidaklah aku terlena dalam masa bercinta namun aku rasa mungkin ada salah dan silap diri aku sendiri dalam masa bercinta...aku cuba menyesuaikan diri dimana aku cuba untuk menghindarkan diri dari segala bentuk perhubungan dalam masa terdekat...namun jika ada hikmah lain yang tersimpan akan aku ketahui jua akhirnya...namun yang membuatkan aku terkilan adalah apabila hal perhubungan aku ini berkaitan dengan family dia...andai kata satu hari nanti kebenaran terbongkar juga...aku nak jadi jahat aku takkan terimalah kemaafan dari kau..kau dan yang lain-lain boleh pergi jahanam jalanlah.. Go to hell... jahat tak aku kalau aku doakan salah seorang family dia kena macam mana apa yang dia buat pada aku...ikut jahat akal fikiran aku...aku rasa tak salah langsung lah...bak kata kawan aku.."doa tuh biar lah aku aminkan" hahahaha..walaupun bulan puasa nih orang kata eloklah bermaaf-maafan takut tahun depan x jumpa lagi bulan puasa kan..bagi aku lantak kaulah..benci giler aku tengok muka kau..wahai XXXXXXXXXXXXXXXXX... 

Monday, April 7, 2014

Cinta Berfasa

Bulan ini...bulan cinta...erm...bulan kasih sayang, tapi kasih sayang boleh disemai..diabadikan tidak kira bulan dan hari. Cinta hadir bagai darah yang mengalir..bagai bunga yang mekar berkembang yang mampu buat kita tersenyum dan mampu buat kita mengalirkan airmata.
Pengalaman cinta? Aduh...pening... cintan cintun remaja sekarang, ermm bile mata bertentang senyum terukir..mulalah hati terpaut. Esok, lusa tukar no telefon, berkenalan, bertanya khabar...meluahkan rasa yang terbuku perasaan yang terpendam... “sweetkan!”.
Indahnya perasaan ketika itu apa sahaja yang di buat semuanya bahagia belaka tiada cacat cela. Biarlah apa orang nak kata janji happy. “Aik pandang buku teks sejarah pon boleh senyum ke..ada citer kelakar ke dalam tu? Tegur kawan suatu ketika tu...maklum lah semalam baru jumpa buah hati tu yang senyum berbasi lagi ..angau! Emm..semuanya kenangan cinta monyet...cinta di bangku sekolah,seronok...memang seronok tapi bila kita terlupa akan tanggungjawab keseronokan itu akan membawa kesedihan.
Cinta itu berfasa, selagi kita hidup cinta harus terus bersemadi. Ada yang menjalinkan cinta di bangku sekolah sambung hingga ke alam pekerjaan lantaran janji yang terpatri. “Nanti habis sekolah awak jangan lupakan saya tau..janji erk”. Bermulalah alam pekerjaan yang penuh cabaran dan dugaan. Berjumpa dengan ramai orang, membuka ruang dan peluang kita pada dunia luar. Masa inilah banyak dugaan dan rintangan yang boleh mengugat keimanan diri. Janji tinggal janji, hati yang dulu mekar bagai bunga di taman kini layu bagaikan teratai di tasik madu.



“God test us often, with suffering & with sorrow, God test us not punish us, but to help us meet tomorrow.. Itulah dugaan Tuhan yang kita tak dapat jangka kemanisan setiap dugaannya.
Cinta pada ibu bapa yang menjadi penguat dan semangat untuk terus bercintan-cintun tapi cinta padaNya kekal abadi kerana hadirNya tetap ada dimana jua setiap masa kerana perasaan yang lahir dan tercipta adalah ciptaanNya...ciptaan Yang Maha Esa.
Jadi semailah cinta yang suci di dalam ikatan yang diredhai olehNya. Jadikan perasaan cinta itu mengalir bagaikan Sungai Nil yang mengalir...bagaikan merah darah yang membara...bagaikan mawar yang segar mewangi agar hadirnya disenangi dan perginya dikenangi di seluruh sanubari.

Dalam meniti detik waktu saya yang sabar menanti Fasa Cinta yang terbaru.. Insyaallah..

Sunday, May 12, 2013

Bab 2

Chord Cinta
-Simfoni cinta kita akan terus berlagu selagi ianya kekal dihati-

                    "Mana mereka berdua ni?"
                    Anis melihat jam tangannya. Hampir pukul sembilan pagi. Sebneetar lagi, kelas masakan akan bermula. Namun, kelibat dua orang sahabat karibnya masih belum kelihatan. Kebiasaannya, mereka berempat akan bertemu di Dewan Besar ini.
                     Buku dan fail dicapai dari lokar. Pintu lokar ditutup lantas dikunci. Sebaik sahaja Anis ingin memusingkan badannya ke kanan, dia terlanggar seseorang. Buku dan failnya terjatuh ke lantai. Pantas matanya mencari siapa yang dilanggarnya tadi. Alamak! Putera sekolahnya!
                      "Maaf...maaf, saya tak sengaja. Awak tak apa-apa?"tanya Anis cemas. Dia mneghulrkan tanganya ingin membantu budak lelaki itu berdiri, namun tangannya ditepis kasar.
                       Budak lelaki itu segera bangun dan bercekak pinggang di hadapan Anis.
                       Gila! Tingginya mamat ni. AKu paras dada dia aje, desis hati Anis. Dia terpaksa mendongak. Wajah budak lelaki itu ditenungnya.
                        "Maaf, saya betul-betul tak sengaja. Saya benar-benar mintak maaf,"ulang Anis. Berkali-kali dia tunduk memohon maaf.
                         "Kau ingat aku ni patung ke? Senang- senang aje kau nak langgar?"
                          Sinis budak lelaki itu bertanya.
                          Anis tergamam.
                          "Saya mintak maaf, saya tak sengaja," kata Anis lagi.
                          Wajah merah padam budak lelaki itu tidak berani dipandangnya lagi. Dia merenung kasut hitam yang tersarung di kaki.
                           "Senang-senang aje kau nak mintak maaf. Kau memang sengaja buat macam ni kan? Dasar perempuan murahan!"
                            Melulu budak lelaki itu menuturkan kata tanpa nada.
                            Darah Anis naik ke pipinya. Tanpa sebarang amaran, tangannya ringan menarik tali leher budak lelaki itu. Hampir terjatuh budak lelaki itu dibuatnya.
                            "Hoi Gila ke?"
                             Dahi budak lelaki itu ditunjalnya kuat. Kemudian kaki budak lelaki itu dipijak sekuat hati.
                             "Hoi!" marah budak lelaki itu. Dahinya dipegang. Terhincut-hincut dia menahan sakit di kaki.
                             "Oi, jangan ingat saya terlanggar awak, awak boleh cakap macam-macam pada saya, tau? Tolong jaga sikit mulut awak tu! Dasar putera bongkak! Awak ingat awak jadi pujaan ramai, saya takut ke?"marah Anis.
                              Buku dan fail yang terletak di lantai lantas di kutip. Dia segera berlalu pergi, meninggalkan budak lelaki itu. Sebelum sempat dia keluar dari Dewan Besar itu, budak lelaki itu memanggilnya kembali. Anis pantas berpaling.
                               "Ada apa?"Anis bertanya dengan kasar.
                               Mahu saja dia menampar budak lelaki itu. Dia emmang pantang dihina sebegitu. Lebih-lebih lagi kaum lelaki. Dalam kelembutan dan kesabaran yang dimilikinya, itu tidak bermaksud dia akan berdiam diri jika dihina dengan panggilan perempuan murahan.
                               "Oi, budak kecik! jangan biarkan aku berjumpa lagi dengan kau! Kalau tidak, teruk kau aku kerjakan nanti!"Marah lelaki itu.
                                Anis menjelirkan lidahnya. tanpa berkata-kata apa lagi, dia segera meninggalkan budak lelaki itu yang masih terjerit-jerit memanggilnya.

Saturday, May 11, 2013

Bab 1

Chord Cinta
- Simfoni cinta kita akan terus berlagu selagi ianya kekal dihati-

            Satu persatu hiasan dalam rumah agam itu diperhatikan. Rasa kagum mula terbit terhadap rumah agam yang berkonsepkan klasik Perancis itu. Warna ungu lembut dan putih melatari dinding rumah itu. Perhiasan-perhiasan rumah yang mahal juga turut menghiasi rumah agam. 
             Sebuah kolam renang dan kolam air terjun arca kristal berbentuk dewi jelita sedang memeluk seekor burung phoenix di ruang tengah rumah agam itu menarik perhatiannya. Perlahan-lahan, dia menapak mendekati kolam itu. Air turun dari sekeliling rambut dewi itu memenuhi kolam yang terukir indah itu. Dia tersenyum sendirian. 
            "Cik Anis?"
           Sapaan seseorang mematikan lamunannya. Dia segera meneloh ke belakang. Seorang gadis berambut paras bahu berdiri di belakangnya. Gadis itu tersenyum manis. 
           "Sila ikut saya. Puan Tengku Suraya hendak bertemu dengan cik." kata gadis itu.
           Dia mengangguk. Langkah gadis itu diikutinya. Jantungnya berdegup kencang.


          KARL membetulkan ikatan tali lehernya. Pembantunya di Istana Seri Kayangan, Pak Cik Ali setia menunggu di dalam bilik. Lelaki tua itu hanya diam tidak bersuara. 
            "Dengar kata ada pembantu baru, betul ke?"tanya Karl.
            Kot hitam disarung ke badan. Dia duduk berhadapan dengan cermin besar. Membetulkan gaya rambutnya. Setelah berpuas hati, dia berpaling menghadap Pak Cik Ali.
             "Ya. Mak Nab minta tempatnya diganti sempena ketiadaanya ke Perlis. Cucu saudaranya akan bekerja secara sambilan disini."terang Pak Cik Ali.
              Kening Karl hampir bercantum.
              "Bekerja sambilan? Budak tu masih belajar lagi ke?"tanya Karl.
               Dia mencapai sebiji epal merah yang berada dalam bakul buah-buahan yang terletak di atas meja. Dia menggigit epal itu lalu dikunyah perlahan. Beg sandang diletakkan ke bahu. Karl berjalan keluar dari bilik. Pak Cik Ali mengangguk sambil menuruti langkah Karl.
               "Dia sebaya dengan Tuan Muda Karl atau muda setahun, pak cik tak pasti. Tapi, gadis itu dah pindah masuk dalam rumah ni."
                "Boleh ke budak tu buat kerja?"tanya Karl lagi.
                "Mak Cik Eton dah aturkan jadual untuk dia. Lagipun, kehadiran gadis tu sekadar memenuhi permintaan Mak Nab. Puan Tengku Suraya pun dahj setuju. Kalau diikutkan hati puan, puan tak nak gadis tu bekerja. Cukuplah hanya tinggal disini sementara Mak Nab tiada. Tapi, Mak Nab tak setuju. Dia nak cucu saudaranya itu bekerja juga."
                "Dia belajar dimana?"tanya Karl. Epal merah itu digigit lagi. 
                "Kalau tak salah pak cik, sekolah yang sama dengan tuan muda. Alice Smith School (ASS)."
                Erk? Karl merasakan epal itu tersekat di kerongkongnya. Dia terbatuk-batuk. Wajah Pak Cik Ali dipandangnya serius. 
                "A...Apa? Dia sekolah kat situ jugak?"tanyanya tidak percaya.
                Teragak-agak lelaki tua itu mengangguk.
                Karl menepuk dahi. Bala...



Mata pena kini sudah mula diasah...

Kini aku kembali mengisi masa lapang aku dengan mencari ilham untuk menyambung penulisan yang agak lama aku tinggalkan..bermula dengan nama watak..dan juga tajuk kepada novel aku nanti..jalan cerita memang sudah lama ada..cuma penyakit MALAS dan TIADA MASA mengganggu sikit perjalanan..hehe..

REBORN

Assalamualaikum semua... hai...hai..hai... agak lama dah menyepi sejak awal tahun kan? Around 3 month memang banyak sangat kejadian yang ter...