Monday, April 7, 2014

Cinta Berfasa

Bulan ini...bulan cinta...erm...bulan kasih sayang, tapi kasih sayang boleh disemai..diabadikan tidak kira bulan dan hari. Cinta hadir bagai darah yang mengalir..bagai bunga yang mekar berkembang yang mampu buat kita tersenyum dan mampu buat kita mengalirkan airmata.
Pengalaman cinta? Aduh...pening... cintan cintun remaja sekarang, ermm bile mata bertentang senyum terukir..mulalah hati terpaut. Esok, lusa tukar no telefon, berkenalan, bertanya khabar...meluahkan rasa yang terbuku perasaan yang terpendam... “sweetkan!”.
Indahnya perasaan ketika itu apa sahaja yang di buat semuanya bahagia belaka tiada cacat cela. Biarlah apa orang nak kata janji happy. “Aik pandang buku teks sejarah pon boleh senyum ke..ada citer kelakar ke dalam tu? Tegur kawan suatu ketika tu...maklum lah semalam baru jumpa buah hati tu yang senyum berbasi lagi ..angau! Emm..semuanya kenangan cinta monyet...cinta di bangku sekolah,seronok...memang seronok tapi bila kita terlupa akan tanggungjawab keseronokan itu akan membawa kesedihan.
Cinta itu berfasa, selagi kita hidup cinta harus terus bersemadi. Ada yang menjalinkan cinta di bangku sekolah sambung hingga ke alam pekerjaan lantaran janji yang terpatri. “Nanti habis sekolah awak jangan lupakan saya tau..janji erk”. Bermulalah alam pekerjaan yang penuh cabaran dan dugaan. Berjumpa dengan ramai orang, membuka ruang dan peluang kita pada dunia luar. Masa inilah banyak dugaan dan rintangan yang boleh mengugat keimanan diri. Janji tinggal janji, hati yang dulu mekar bagai bunga di taman kini layu bagaikan teratai di tasik madu.



“God test us often, with suffering & with sorrow, God test us not punish us, but to help us meet tomorrow.. Itulah dugaan Tuhan yang kita tak dapat jangka kemanisan setiap dugaannya.
Cinta pada ibu bapa yang menjadi penguat dan semangat untuk terus bercintan-cintun tapi cinta padaNya kekal abadi kerana hadirNya tetap ada dimana jua setiap masa kerana perasaan yang lahir dan tercipta adalah ciptaanNya...ciptaan Yang Maha Esa.
Jadi semailah cinta yang suci di dalam ikatan yang diredhai olehNya. Jadikan perasaan cinta itu mengalir bagaikan Sungai Nil yang mengalir...bagaikan merah darah yang membara...bagaikan mawar yang segar mewangi agar hadirnya disenangi dan perginya dikenangi di seluruh sanubari.

Dalam meniti detik waktu saya yang sabar menanti Fasa Cinta yang terbaru.. Insyaallah..

No comments:

Post a Comment

REBORN

Assalamualaikum semua... hai...hai..hai... agak lama dah menyepi sejak awal tahun kan? Around 3 month memang banyak sangat kejadian yang ter...