Chord Cinta
-Simfoni cinta kita akan terus berlagu selagi ianya kekal dihati-
"Mana mereka berdua ni?"
Anis melihat jam tangannya. Hampir pukul sembilan pagi. Sebneetar lagi, kelas masakan akan bermula. Namun, kelibat dua orang sahabat karibnya masih belum kelihatan. Kebiasaannya, mereka berempat akan bertemu di Dewan Besar ini.
Buku dan fail dicapai dari lokar. Pintu lokar ditutup lantas dikunci. Sebaik sahaja Anis ingin memusingkan badannya ke kanan, dia terlanggar seseorang. Buku dan failnya terjatuh ke lantai. Pantas matanya mencari siapa yang dilanggarnya tadi. Alamak! Putera sekolahnya!
"Maaf...maaf, saya tak sengaja. Awak tak apa-apa?"tanya Anis cemas. Dia mneghulrkan tanganya ingin membantu budak lelaki itu berdiri, namun tangannya ditepis kasar.
Budak lelaki itu segera bangun dan bercekak pinggang di hadapan Anis.
Gila! Tingginya mamat ni. AKu paras dada dia aje, desis hati Anis. Dia terpaksa mendongak. Wajah budak lelaki itu ditenungnya.
"Maaf, saya betul-betul tak sengaja. Saya benar-benar mintak maaf,"ulang Anis. Berkali-kali dia tunduk memohon maaf.
"Kau ingat aku ni patung ke? Senang- senang aje kau nak langgar?"
Sinis budak lelaki itu bertanya.
Anis tergamam.
"Saya mintak maaf, saya tak sengaja," kata Anis lagi.
Wajah merah padam budak lelaki itu tidak berani dipandangnya lagi. Dia merenung kasut hitam yang tersarung di kaki.
"Senang-senang aje kau nak mintak maaf. Kau memang sengaja buat macam ni kan? Dasar perempuan murahan!"
Melulu budak lelaki itu menuturkan kata tanpa nada.
Darah Anis naik ke pipinya. Tanpa sebarang amaran, tangannya ringan menarik tali leher budak lelaki itu. Hampir terjatuh budak lelaki itu dibuatnya.
"Hoi Gila ke?"
Dahi budak lelaki itu ditunjalnya kuat. Kemudian kaki budak lelaki itu dipijak sekuat hati.
"Hoi!" marah budak lelaki itu. Dahinya dipegang. Terhincut-hincut dia menahan sakit di kaki.
"Oi, jangan ingat saya terlanggar awak, awak boleh cakap macam-macam pada saya, tau? Tolong jaga sikit mulut awak tu! Dasar putera bongkak! Awak ingat awak jadi pujaan ramai, saya takut ke?"marah Anis.
Buku dan fail yang terletak di lantai lantas di kutip. Dia segera berlalu pergi, meninggalkan budak lelaki itu. Sebelum sempat dia keluar dari Dewan Besar itu, budak lelaki itu memanggilnya kembali. Anis pantas berpaling.
"Ada apa?"Anis bertanya dengan kasar.
Mahu saja dia menampar budak lelaki itu. Dia emmang pantang dihina sebegitu. Lebih-lebih lagi kaum lelaki. Dalam kelembutan dan kesabaran yang dimilikinya, itu tidak bermaksud dia akan berdiam diri jika dihina dengan panggilan perempuan murahan.
"Oi, budak kecik! jangan biarkan aku berjumpa lagi dengan kau! Kalau tidak, teruk kau aku kerjakan nanti!"Marah lelaki itu.
Anis menjelirkan lidahnya. tanpa berkata-kata apa lagi, dia segera meninggalkan budak lelaki itu yang masih terjerit-jerit memanggilnya.
No comments:
Post a Comment