Monday, May 6, 2013

Selesai sudah PRU 13..

Alkisahnya banyak yang terselindung disebalik pilihanraya pada kali ini.. Mungkin juga tidak perlulah aku mengulas dengan lebih lanjut disini kerana bagi diriku cukuplah sekadar yang memerintah masih lagi menitik beratkan agama Islam itu sendiri.. Lagipun aku tidak berapa gemar dalam politik mungkin juga aku tidak dilatih untuk menceburi bidang itu walaupun family aku sendiri melibatkan diri dalam bidang politik.. Setelah aku berusia 22 tahun ini barulah aku merasa detik ini penentu kepada kemana arah tuju generasi yg akan datang pada masa hadapan.. Harapan aku hanya satu semoga Allah masih lagi memelihara dan memberkati bumi Malaysia ini walaupun ianya dicemari oleh perbezaan fahaman politik..

No comments:

Post a Comment

REBORN

Assalamualaikum semua... hai...hai..hai... agak lama dah menyepi sejak awal tahun kan? Around 3 month memang banyak sangat kejadian yang ter...