Chord Cinta
- Simfoni cinta kita akan terus berlagu selagi ianya kekal dihati-
Satu persatu hiasan dalam rumah agam itu diperhatikan. Rasa kagum mula terbit terhadap rumah agam yang berkonsepkan klasik Perancis itu. Warna ungu lembut dan putih melatari dinding rumah itu. Perhiasan-perhiasan rumah yang mahal juga turut menghiasi rumah agam.
Sebuah kolam renang dan kolam air terjun arca kristal berbentuk dewi jelita sedang memeluk seekor burung phoenix di ruang tengah rumah agam itu menarik perhatiannya. Perlahan-lahan, dia menapak mendekati kolam itu. Air turun dari sekeliling rambut dewi itu memenuhi kolam yang terukir indah itu. Dia tersenyum sendirian.
"Cik Anis?"
Sapaan seseorang mematikan lamunannya. Dia segera meneloh ke belakang. Seorang gadis berambut paras bahu berdiri di belakangnya. Gadis itu tersenyum manis.
"Sila ikut saya. Puan Tengku Suraya hendak bertemu dengan cik." kata gadis itu.
Dia mengangguk. Langkah gadis itu diikutinya. Jantungnya berdegup kencang.
KARL membetulkan ikatan tali lehernya. Pembantunya di Istana Seri Kayangan, Pak Cik Ali setia menunggu di dalam bilik. Lelaki tua itu hanya diam tidak bersuara.
"Dengar kata ada pembantu baru, betul ke?"tanya Karl.
Kot hitam disarung ke badan. Dia duduk berhadapan dengan cermin besar. Membetulkan gaya rambutnya. Setelah berpuas hati, dia berpaling menghadap Pak Cik Ali.
"Ya. Mak Nab minta tempatnya diganti sempena ketiadaanya ke Perlis. Cucu saudaranya akan bekerja secara sambilan disini."terang Pak Cik Ali.
Kening Karl hampir bercantum.
"Bekerja sambilan? Budak tu masih belajar lagi ke?"tanya Karl.
Dia mencapai sebiji epal merah yang berada dalam bakul buah-buahan yang terletak di atas meja. Dia menggigit epal itu lalu dikunyah perlahan. Beg sandang diletakkan ke bahu. Karl berjalan keluar dari bilik. Pak Cik Ali mengangguk sambil menuruti langkah Karl.
"Dia sebaya dengan Tuan Muda Karl atau muda setahun, pak cik tak pasti. Tapi, gadis itu dah pindah masuk dalam rumah ni."
"Boleh ke budak tu buat kerja?"tanya Karl lagi.
"Mak Cik Eton dah aturkan jadual untuk dia. Lagipun, kehadiran gadis tu sekadar memenuhi permintaan Mak Nab. Puan Tengku Suraya pun dahj setuju. Kalau diikutkan hati puan, puan tak nak gadis tu bekerja. Cukuplah hanya tinggal disini sementara Mak Nab tiada. Tapi, Mak Nab tak setuju. Dia nak cucu saudaranya itu bekerja juga."
"Dia belajar dimana?"tanya Karl. Epal merah itu digigit lagi.
"Kalau tak salah pak cik, sekolah yang sama dengan tuan muda. Alice Smith School (ASS)."
Erk? Karl merasakan epal itu tersekat di kerongkongnya. Dia terbatuk-batuk. Wajah Pak Cik Ali dipandangnya serius.
"A...Apa? Dia sekolah kat situ jugak?"tanyanya tidak percaya.
Teragak-agak lelaki tua itu mengangguk.
Karl menepuk dahi. Bala...
No comments:
Post a Comment