- masa hadapan adalah milik mereka yang percayakan pada keindahan mimpinya -
Tuesday, December 16, 2014
Sebenarnya tentang aku? A.K.U.
Sebenarnya aku tak pasti apa hala tuju blog aku ni asalnya..namun setelah lama aku rasa aku akan buat penulisan aku disini..mungkin mengenai kehidupan, rasa mahupun fantasi. Sebenarnya orang kalau mereka kenal mahupun rapat dengan aku mereka akan tahu bahawa aku seorang yang suka membaca dan berangan. Berangan tu dah kira macam sebatilah dengan diri..hahaha.. Aku suka berangan mengenai macam macam perkara kadang kala tak tercapai dek akal. Dah namanya berangan kan? Aku juga suka berborak tak kisahlah mengenai apa..kalau dah ada geng ajak sembang aku sanggup lah sampai 3 4 pagi. Aku ada teman sembang yang sejati. Sebati dan berkati kati lagi lah..haha.. Nama yang diberikan padanya mengikut IC adalah Nabila Hanem.. nama setelah ditimbang dan diukur menjadi Anem.. Dia lah yang menjadi peneman dan juga teman main teman gaduh teman tengok wayang teman menangis teman mengadu teman makan sama teman memasak teman shopping teman mengutuk teman mengata dan teman banyak lagi lahhh.sungguh kalau tak ada dia dalam perjalanan hidup aku ni macam tin kosong jer rasanya.. hehe
Tuesday, July 8, 2014
"Jodoh itu mutlak rahsia milik Allah"
Ada yang sudah dekat,tiba-tiba menjauh...
Ada yang menjauh,tiba-tiba mendekat...
Ada yang sudah sayang,tiba-tiba membenci...
Ada yang belum kenal,tiba-tiba menyayangi...
Ada yang sudah dijadualkan tarikh nikah,tiba-tiba bergaduh...
Ada yang tidak dikenali,tiba-tiba mengajak menikah...
Ada yang sudah dijodohkan,tiba-tiba dibatalkan...
Ada yang tidak kenal sebelumnya,tiba-tiba menjadi jodohnya...
- Itulah rahsia JODOH... Hanya DIA yang tahu bila kita bertemu jodoh... Hanya DIA yang tahu dengan siapa akan jadi jodoh kita... Hanya DIA yang tahu dengan cara apa kita bertemu jodoh... Tugas kita adalah berusaha dengan cara yang baik... Tugas kita adalah berusaha dengan menjadi baik... Tugas kita adalah menerima apapun keputusan terbaik menurut ALLAH... Dan satu hal jangan kita abaikan... Jangan pernah merasa penat meminta dan terus meminta melalui doa kepadaNya...
~bila bunga berbicara~
Bakti Arjuna Fitri...
Bakti Arjuna Fitri...sebuah nama yang memberi inspirasi kepada semua masyarakat yang umumnya mendengarkan lagu Arjuna Beta...mungkin pada orang yang masih belum mempunyai zuriat pasti ramai yang akan berangan-angan untuk mkemberi nama kepada anak mereka sendiri dengan nama Arjuna lepas ini.. 1st time aku mendengar lagu ini apabila someone call aku dalam kereta dan lagu itu sedang dimainkan..Siap nyanyikan lagi..Itu mungkin jadi kenangan terakhir buat aku..namun aku tetap tidak jemu mendengarkan lagu Arjuna Beta..aku terus teringin untuk menulis kembali lirik lagu tersebut..
Arjuna Beta by Fynn Jamal
Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
chorus
ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
Hayati lirik algu yang mendalam dan mungkin boleh memberi ikhtibar buat kita.. Sedangkan Fynn Jamal mampu bangkit dari silamnya takkan kita juga tak mampu..
Arjuna Beta by Fynn Jamal
Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
chorus
ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
Hayati lirik algu yang mendalam dan mungkin boleh memberi ikhtibar buat kita.. Sedangkan Fynn Jamal mampu bangkit dari silamnya takkan kita juga tak mampu..
Thursday, July 3, 2014
Fasa cinta berguguran
Fasa cinta kini berakhirnya... bukan kehendak diri yang buat segalanya berakhir...tapi...mungkin kehendak Allah yang memberi hikmah dan peluang diri aku untuk kembali kepada-Nya...tidaklah aku terlena dalam masa bercinta namun aku rasa mungkin ada salah dan silap diri aku sendiri dalam masa bercinta...aku cuba menyesuaikan diri dimana aku cuba untuk menghindarkan diri dari segala bentuk perhubungan dalam masa terdekat...namun jika ada hikmah lain yang tersimpan akan aku ketahui jua akhirnya...namun yang membuatkan aku terkilan adalah apabila hal perhubungan aku ini berkaitan dengan family dia...andai kata satu hari nanti kebenaran terbongkar juga...aku nak jadi jahat aku takkan terimalah kemaafan dari kau..kau dan yang lain-lain boleh pergi jahanam jalanlah.. Go to hell... jahat tak aku kalau aku doakan salah seorang family dia kena macam mana apa yang dia buat pada aku...ikut jahat akal fikiran aku...aku rasa tak salah langsung lah...bak kata kawan aku.."doa tuh biar lah aku aminkan" hahahaha..walaupun bulan puasa nih orang kata eloklah bermaaf-maafan takut tahun depan x jumpa lagi bulan puasa kan..bagi aku lantak kaulah..benci giler aku tengok muka kau..wahai XXXXXXXXXXXXXXXXX...
Monday, April 7, 2014
Cinta Berfasa
Bulan
ini...bulan cinta...erm...bulan kasih sayang, tapi kasih sayang boleh
disemai..diabadikan tidak kira bulan dan hari. Cinta hadir bagai darah yang
mengalir..bagai bunga yang mekar berkembang yang mampu buat kita tersenyum dan
mampu buat kita mengalirkan airmata.
Pengalaman cinta?
Aduh...pening... cintan cintun remaja sekarang, ermm bile mata bertentang
senyum terukir..mulalah hati terpaut. Esok, lusa tukar no telefon, berkenalan,
bertanya khabar...meluahkan rasa yang terbuku perasaan yang terpendam...
“sweetkan!”.
Indahnya perasaan ketika itu
apa sahaja yang di buat semuanya bahagia belaka tiada cacat cela. Biarlah apa
orang nak kata janji happy. “Aik pandang buku teks sejarah pon boleh senyum
ke..ada citer kelakar ke dalam tu? Tegur kawan suatu ketika tu...maklum lah
semalam baru jumpa buah hati tu yang senyum berbasi lagi ..angau! Emm..semuanya
kenangan cinta monyet...cinta di bangku sekolah,seronok...memang seronok tapi
bila kita terlupa akan tanggungjawab keseronokan itu akan membawa kesedihan.
Cinta itu berfasa, selagi
kita hidup cinta harus terus bersemadi. Ada yang menjalinkan cinta di bangku
sekolah sambung hingga ke alam pekerjaan lantaran janji yang terpatri. “Nanti
habis sekolah awak jangan lupakan saya tau..janji erk”. Bermulalah alam
pekerjaan yang penuh cabaran dan dugaan. Berjumpa dengan ramai orang, membuka
ruang dan peluang kita pada dunia luar. Masa inilah banyak dugaan dan rintangan
yang boleh mengugat keimanan diri. Janji tinggal janji, hati yang dulu mekar
bagai bunga di taman kini layu bagaikan teratai di tasik madu.
“God test us often, with
suffering & with sorrow, God test us not punish us, but to help us meet
tomorrow.. Itulah dugaan Tuhan yang kita tak dapat jangka kemanisan setiap
dugaannya.
Cinta pada ibu bapa yang
menjadi penguat dan semangat untuk terus bercintan-cintun tapi cinta padaNya
kekal abadi kerana hadirNya tetap ada dimana jua setiap masa kerana perasaan
yang lahir dan tercipta adalah ciptaanNya...ciptaan Yang Maha Esa.
Jadi semailah cinta yang
suci di dalam ikatan yang diredhai olehNya. Jadikan perasaan cinta itu mengalir
bagaikan Sungai Nil yang mengalir...bagaikan merah darah yang
membara...bagaikan mawar yang segar mewangi agar hadirnya disenangi dan
perginya dikenangi di seluruh sanubari.
Dalam meniti detik waktu
saya yang sabar menanti Fasa Cinta yang terbaru.. Insyaallah..
Subscribe to:
Posts (Atom)
REBORN
Assalamualaikum semua... hai...hai..hai... agak lama dah menyepi sejak awal tahun kan? Around 3 month memang banyak sangat kejadian yang ter...
