- masa hadapan adalah milik mereka yang percayakan pada keindahan mimpinya -
Friday, May 10, 2013
Monday, May 6, 2013
Selesai sudah PRU 13..
Alkisahnya banyak yang terselindung disebalik pilihanraya pada kali ini.. Mungkin juga tidak perlulah aku mengulas dengan lebih lanjut disini kerana bagi diriku cukuplah sekadar yang memerintah masih lagi menitik beratkan agama Islam itu sendiri.. Lagipun aku tidak berapa gemar dalam politik mungkin juga aku tidak dilatih untuk menceburi bidang itu walaupun family aku sendiri melibatkan diri dalam bidang politik.. Setelah aku berusia 22 tahun ini barulah aku merasa detik ini penentu kepada kemana arah tuju generasi yg akan datang pada masa hadapan.. Harapan aku hanya satu semoga Allah masih lagi memelihara dan memberkati bumi Malaysia ini walaupun ianya dicemari oleh perbezaan fahaman politik..
Saturday, April 20, 2013
Saturday, June 16, 2012
Wednesday, March 21, 2012
hari-hari terakhir sebelum cuti sem bermula..
Hanya tinggal lagi beberapa hari sebelum mula cuti sem buat semua budak-budak diploma. Ada antara kawan-kawan yang sedih kerana ingin berpisah dengan kawan-kawan yang baru kenal dalam jangka masa 5 bulan. Tak kurang juga yang gembira sebab dah lama tak jumpa dengan keluarga. Macam dalam bilik aku ini masing-masing sedih sebab nak berpisah antara satu sama lain. Tapi bagi aku? Entah..macam tak ada perasaan je aku ini. Nak kata sedih..tak..nak kata gembira pun..tak..Tapi satu yang dapat aku rumuskan aku lega kalau aku dah pulang ke rumah sebab aku macam suka tak suka je duduk sini lama-lama. Sebenarnya aku jeles tengok orang dah mula balik sedangkan aku kena habiskan masa duduk sini sampailah hujung bulan. Bosan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Nak ajak kawan-kawan kelas keluar la lepas habis jawab IMD 102. Seminggu gap untuk exam yang terakhir.. Buat yang dah sampai rumah..untunglah..buat yang masih duduk kat UITM ni jangan risau..sebab aku pun ada kat sini laa...huwaaa...

Wednesday, December 21, 2011
pemerhatianku...
alhamdulillah tinggal lagi dua hari untuk aku pulang bercuti semester..lega hati ini kerana dapat bertemu dengan keluarga..memang lah mereka ada menelefonku dan begitu juga sebaliknya..namun apabila bertentangan mata dengan mereka itulah yang terindah dalam hidupku..bercerita mengenai pemerhatianku pagi ini..pagi tadi dalam pukul 10, aku ada kelas IMD 101..aku lalu di Studio Art & Design..sebenarnya memang aku lalu situ hari-hari, tapi cuma hari ini aku tersentuh hendak bercerita mengenai..seorang pakcik yang selalu aku nampak setiap kali aku lalu disitu..bila terpandangkan pakcik itu otak fikiranku terus merewang terhadap ayahku yang berada jauh di Selangor..setiap kali aku lalu disitu mesti pakcik itu sedang mengikat tibunan surat khabar dan kotak-kotak.. terus aku terfikir apa yang aku lakukan disini demi mengelakkan ayahku menjadi seperti pakcik itu..aku tidak ada niat sesekali untuk menghina pakcik itu tapi aku berazam dan tekad untuk tidak membiarkan ayahku bekerja lagi pada usia ayahku yang mungkin sebaya dengan pakcik itu..setiap kali terpandangkan pakcik itu pasti akan membuatkan aku menitis air mata..ingin aku duduk berbual bersama pakcik itu tapi kerana tuntutan sebagai pelajar membataskan aku untuk berbuat begitu..menjelang tahun baru ini pasti akan ada azam yang akan dibuat oleh semua manusia termasuklah aku,..aku berharap semoga Allah tabahkan hati dan cekalkan jiwa ini dalam menuntut ilmu disini..kerana apabila aku berjauhan dengan family kadang kala fikiranku senang sahaja untuk menjadi sebak dan sentiasa akan terusik walaupun kerana hal yang kecil..selain itu, aku juga tidak melupakan sahabat-sahabatku yang masih lagi belum ada rezeki untuk menuntut ilmu di menara gading namun percayalah disebalik semua ini pasti da hikmah yang lebih baik yang Allah telah rencanakan untuk kalian semua..
Wednesday, November 23, 2011
kisah di UITM..
alhamdulillah dah seminggu jgak aku disini tanpa ada siapa disisi...keluarga mahupun seorang insan yg bernama kekasih...saya tinggalkan smua demi satu cita-cita sya iaitu nak dapat kejayaan dan nak menggembirakan family sya yg pastinya..
hari pertama aku di bawa mentawaf satu kampus iaitu mengenali smua tempat yg ade..first yg sya nmpk iaitu kolej kediaman sya...
nama kolej sya..Kolej Masria...M1-03-10..tu la no bilik sya yg akan menetap utk beberapa sem ni..slagi duduk kat dlm slagi itu lah bilik ni akan melihat diriku...hehe...
sya dapat roomate yg bwh dri sya...kiranya nk ckp yg paling tua tu adlh aku..mmg pon...
btw smua ok stakat ni..n i hope mmg akn ok shingga ke akhirnya...tapi satu jew yg aku tak bole lupe ialah parents aku, nabila hanem(adik aku) n .................adelah..hahaha
Thursday, October 13, 2011
kabar-kabar
2 bulan sudah aku meninggalkan blog ini..bukan kerana membawa diri tetapi di kotak fikiran tiada apa yang hendak diutarakan..ku bilang dan ku hitung dengan jari jemari yang alhamdulillah ckup sempurna ini, kira-kira hanya tinggal 32 hari shaja lagi untuk aku hidup berdikari tanpa orang disisi..
adakah aku sedia untuk meninggalkan atau mereka seid untuk ditinggalkan??
kata hati memang sukar dijangka..kerana mulut hanya bisa mengatakan tapi hati yang akan merasa..pintaku semoga aku tetap tabah menjalani hari-hari yang mendatang walau apa kiranya halangan serta dugaan yang datang itu amat pedih dan akan aku jalani seorang diri..
doaku buat yang akan ditinggalkan jagalah diri kalian seperti mana aku sentiasa ada disisi kalian..walaupun jasad ku tidak ada bersama kalian namun doaku sentiasa mengelilingi kalian dimana sahaja kalian berada..
harapanku jangan lah diri ini dilupai..
walau sesibuk mana aku disana nanti namun aku akan tetap ada sekiranya kalian amat memerlukan diri ini disisi kalian..walau daku jauh seribu batu namun aku tahu Allah itu sentiasa ada bersama kalian dan semoga kalian berada di bawah lindungan Nya..
buat apak dan incik..terima kasih atas segalanya..bersabar lah menanti anakmu membawa kejayaan dan kebahagian buat kita sekeluarga..doakan kejayaan anakanda disini..dan jagalah diri kalian dengan baik..
buat keluarga kedua ku..Nabila hanem sekeluarga,terima kasih yang tak terhingga untuk apa yang kalian lakukan untuk kami sekeluarga..semoga Allah saja yang dapat membalas budi baik kalian..jasa kalian akan ku kenang..
buat sahabat-sahabat dan para pendidikSMK SKI sekelian..terima kasih atas segala tunjuk ajar kalian buat daku dalam menempuh kehidupan..kenangan bersama kalian semua akan tetap terpahat kerana ianya adalah kenangan yang terindah...
dan yang paling teristimewa..sahabatku Norlaily Bt Bajiru...terima kasih sahabat atas segalanya..semoga persahabatan yang terjalin antara kita akan kekal sepanjang hayat...

Monday, August 1, 2011
ramadhan kembali lagi.
bulan yang penuh bermakna ini kerana ini bulan keberkatan bagi umat islam..aku tidak terkecuali dalam melaksanakan tanggungjawab ku sebagai hamba Allah yang maha esa.dalam bulan ini juga banyak yang aku pelajari dalam meniti usia yang semakin dewasa..terasa seperti baru semalam aku meninggalkan zaman persekolahan ku..pada usia ku ini aku belajar membuat keputusan sendiri..dalam bulan ini juga aku bersyukur dan gembira bagi pihak sahabatku NOR NAJIHA BT ABD GHANI..sebab dia sudah menjadi ibu..alhamdulillah pengalaman pertama yang bermakna buatnya..alhamdulillah sahabatku itu selamat melahirkan anak lelaki yang diber nama MOHD NUQMAN JAFNI..sebak hatiku melihat sahabatku yang dulu bermain bersama-sama kini menggalas tugas baru sebagai seorang ibu..aku sebagai sahabat hanya mampu memberi sokongan kepadanya..aku berharap dia dan suaminya dapat menjaga,memelihara serta mendidik NUQMAN menjadi anak yang soleh suatu hari nanti..Insyaallah..amin...
Tuesday, May 17, 2011
selamat hari guru..
ucapan itu aku tujukan buat ibu bapaku yg pasti..mereka lah guru ku sejak aku membuka mata ketika lahir seterusnya guru2 TASKI AL-HIDAYAH TNB KAPAR,SEK KEB ABD SAMAT KAPAR,SEK REN AGAMA PEKAN KAPAR,SEK MEN KEB (P) KAPAR & SEK MEN KEB SG KAPAR INDAH..jasa kalian semua tidak terbalas dlm mendidik ank bangsa..huhu..namun begitu diriku juga tidak terlepas dari diraikan oleh "anak-anak ku" di SEK MEN KEB SG KAPAR INDAH..kini pertama kali aku menyambut hari tersebut sebagai seorang guru walaupun aku baru bertugas selama 6 bulan..boleh tahan juga meriah sek ku meraikannya..fuh..byk gk hadiah dan ucapan yg ku terima..huhu..terharu la jugak..hehe..itulah yg menjadikan diriku bersemangat utk bertugas sbg seorg guru..di mana lahirnya seorg PM jika bkn bermula dri GURU kn..aku menganggap tugas guru itu sbg tanggungjawabku..huhuhu..
Monday, April 25, 2011
good news la...
wah2 aku da ade improvement ni..hihi nak ckp omputih la katakn..yela insyaalllah 3 Mei nih aku kembali bertugas sebagai guru ganti BI lagi tuh...jeles tak dengar?? mesti bernanah telinga dan mata korang kn..haha..ala aku nih bkn nya pandai sgt pon stakat I YES NO COMMENT MISS wah2..ok la tu kan..hahaaaa...erm...hari nih aku dilanda penyakit MC mksdnya aku tak wat ape2 keje umah pon...so aku nih dah tercalon dalam senarai calon yang tak boleh di jadikan isteri..ade plak musim klau aku malas tu malas memanjang tapi kalau datang penyakit rajin tu habes 1 rumah aku kemas smpai la ke acara siram bunga mak aku tu walau pon aku da tak nmpak sebarang jenis bunga yang tumbuh..tak tahu la mak aku ni tanam bunga atau pon duk tanam ranting jew..hahaha...aku hitung kalendar tinggal lebih kurang bape hari jew aku "honeymoon"kat umah ni..pastu dah sibuk duk jadi ckgu blek da..so pada kawan2 yang nak ajak aku kuar x reti2 ajak aku sekarang nih..nt aku dah keje sbuk la duk suruh aku MC sbb nak jalan2 dgn aku...saje je kan..huh...sekian sje la aku nak p bace novel yang tak habes2 tu..kalau rajin kang aku update lg sekali k...
Subscribe to:
Posts (Atom)
REBORN
Assalamualaikum semua... hai...hai..hai... agak lama dah menyepi sejak awal tahun kan? Around 3 month memang banyak sangat kejadian yang ter...